Followers

Resepi Sizzling

Resepi Sizzling Mudah


Assalamualaikum :)

Hiiii pada entry kali ni saya nak share satu resepi yang sangat mudah! Sangat menjimatkan masa dan sangat sedap! Cewahhh hahahahaha pada saya memang sedap la kan..kalau sendiri tak puji diri sendiri siapa lagi nak puji kan? hihi yang pastinya anak2 memang sangat suka makan sizzling ni..siap hirup2 kuah..slurpppppp!


Paling saya suka ialah Yee Mee Sizzling! Woww suka di kala ia rangup2 bila dikunyah..hehe ok ni antara resepi kuah sizzling saya..

Bahan-bahan : (Untuk 4 orang makan)
~ 3 ulas bawang putih (dipenyek2 je)
~ 1/2 inci halia (dipenyek jugak)
~ 2 ketul ayam (dipotong kecil2)
~ 1 sudu kecil lada hitam tumbuk
~ 3 ketul cendawan shitake (direndam dengan air panas terlebih dahulu)
~ 5-6 sudu sos tiram
~ 1 sudu makan kicap pekat
~ 1 sudu makan kicap manis
~ 1 liter air
~ 1 sudu makan tepung jagung
~ Hirisan lobak merah
~ Garam secukup rasa
~ Sedikit minyak masak

Cara-cara :
1) Panaskan sedikit minyak masak. Tumis bawang putih & halia hingga naik bau.
2) Masukkan ayam yang telah dipotong kecil tadi..gaul rata..biarkan seketika..
3) Bila ayam macam dah separuh masak, masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi..atau kalau malas nak tumbuk boleh beli yang crush tu je..senang..then masukkan cendawan shitake tu..pastikan rendam dalam air panas dalam 5 minit dulu tau..bukan apa, kalau tak rendam nanti takut jadi liat nak kuunyah..hihi gaul2 lagi hingga sebati..
4) Kemudian, boleh la masukkan sos tiram pulak..kacau2 lagi sampai rasa ayam tu dah nampak cun boleh la masukkan air pulak..masukkan kicap pekat serta kicap manis..biarkan ia mendidih dulu..then boleh la letak garam secukup rasa..agak2 dah ok rasa dia boleh la masukkan tepung jagung..TAPI sila bancuh dulu tepung jagung tu ye supaya tak berketul2 nanti kat dalam kuali or periuk anda tu..boleh la jugak masukkan hirisan lobak merah tu tadi..taraaa dah siappp..

Mudah je kan? Dalam masa 30 minit dah boleh makan dah..ni la resepi malas2 saya..agak2 teringin ke or malas nak masak ke kan..hihi

Kalau tak nak letak cendawan shitake tu boleh ke?? Emm boleh..terpulang..tapi saya lebih gemar letak sebab cendawan shitake ni la yang menaikkan rasa sizzling tu..buat dia rasa lebih sedap!

Sayur sawi tu saya celur je..then gunting2 letak atas tu..simple kan?? Kalau nak buat ala-ala hot plate tu yang siap plate panas bagai tu saya buat macam ni je..amek sauce pan, letak Yee Mee, then cedok kuah dari periuk tadi pastu curah je..nanti dia keluar asap2 macam tengok dia orang masak tu..hehe

Ok selamat mencuba!


No comments: