Followers

Awas! Sembelit Ketika Berpantang!

Cara Atasi Masalah Sembelit Ketika Berpantang


    Kerap kali saya mendapat pertanyaan daripada ibu-ibu yang baru lepas bersalin..macammana nak atasi masalah SEMBELIT ni ye?? terutama ibu-ibu yang baru melahirkan anak pertama..yelaa..belum ada pengalaman kan..so tak tau nak tanya siapa?? Orang tua-tua pulak tak bagi minum air banyak-banyak..nanti urat kembang laa itu la ini laa..kan?? Tapi kalau ikutkan boleh je..tapi kena ada caranya..bukan sekali teguk habis secawan..kena la minum sikit-sikit ye..atau lebih mudah..seteguk-seteguk..rehat nanti minum lagi..sikit tapi kerap..haaa gitu..nak plak dalam pantang makanan kita makan yang kering-kering je..tak berkuah..then buah-buahan pun tak semua boleh makan..macam Oren je yang boleh makan kebiasaannya..sayur pun sayuran terpilih je kan?? Asyik sawi, pegaga, lobak putih..44 hari nak hadap..jemu kan?? Belum lagi orang yang tak makan sayur..apa jadi?? makin KURANG la kan SERAT dalam badan tu..bila kurang serat..SEMBELIT laa jadinya..haa gitu

    Actually saya pun tak terkecuali..pengalaman berpantang anak pertama amat menyakitkan! Rasa tak sanggup nak buang air besar..siap menangis dalam jamban! Nak plak kat kampung tandas cangkung..lenguh bak hang! Nak TERAN tak tak boleh pulak..kang BUASIR mak kata..terkeluar tombong bak kata uwan..haaa jangan buat pasal..ramai tak tau ni..tup-tup dapat Buasir plak..tiap kali buang air besar, lebih 30 minit dalam tandas..siap anak dah melalak-lalak nak susu..yang kita ni plak tengah STRESS nak membuang..aduhhh sengsara! adoiii memang azab! Dengan luka jahitan lagi kan..perghhhh memang takut nak membuang..bila misi tanya hari dah berak?? laju je dahhh padahal tak pun..hahahahha..Tambahan lagi masa tu cetek ilmu..sabar jelahhh

       Alhamdulillah..Masuk anak kedua dah pandai sikit..hihi awal-awal dah stanby fiber..beli Horlick Fiber tu..hari-hari minum..Alhamdulillah sangat2..tak sembelit dah..tapi kadang-kadang terkena jugak..tapi tak la seteruk anak pertama..hehe boleh membuang dengan tenang..hihihi


Sekarang ni dah MUDAH dengan adanya Ostematrik Shaklee ni..mudah sangat nak membuang..haaa nak tau apa istimewanya Ostematrik Shaklee ni??

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

>>Sumber : Website Shaklee



OsteMatrix Membekalkan:

~1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
~400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
~400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
~Kaplet bersalut yang mudah ditelan
~ Sajian harian hanyalah sebanyak 4 biji. Untuk hasil yang lebih baik, ambil 2 biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.



Haaa sangat BEST! Saya memang saran sangat-sangat Ibu-ibu berpantang ambil Ostematrik ni..bukan setakat membantu untul LAWAS je..lagipun ibu-ibu digalakkan ambil LEBIH Kalsium..yelaaa..nanti menyusu lagi kan..baby banyak serap kalsium dari ibu..haa nanti kalau tak cukup kalsium mula la badan cepat letih..lesu..asyik nak marah..stress dan macam-macam lagi..yang bestnya..lenguh-lenguh badan menyusu pun inshaAllah boleh berkurang..sakit-sakit belakang tu tak berpanjangan lah! InshaAllah dengan Izin Allah :)

Berminat nak dapatkan Ostematrik?? Boleh hubungi saya :)


>> Siti Shafieda Shaharudin 
>> Sms/ Call/ Whatsapp : 019-3255488
>> Shaklee Independent Distributor COD kawasan Merlimau, Jasin & Melaka
>> Poslaju Seluruh Malaysia 






Tips! 11 Cara Mudah Untuk Meningkatkan Metabolisme

11 Cara Mudah Untuk Meningkatkan Metabolisme 


Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah bertemu kembali pada entry kali ini..maaflah lamatak update blog ni..masih dalam fasa pemulihan lagi..hehe haaa kali ini saya nak kongsikan kepada anda 11 Tips nak naikkan metabolisme tubuh ni..

Apakah Metabolisme??


     Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda. 

         Metabolisme bagi setiap individu BERBEZA. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka,mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

11 Tips Tingkatkan Metabolisme :

1) Banyakkan Minum Air 
    ~ Tahukah anda?? Minum air 8 gelas sehari sebenarnya MEMBANTU tubuh badan anda untuk berfungsi pada tahap yang Optimum? Tapi minum air kosong la ye..bukan air manis, air jus atau air2 yg tak sepatutnya tuuu,,memang tak jadi la kan??

2) Jangan Skip Makan!
  ~ Makan?? Siapa yang tak suka makan kan?? Kalau boleh sambil tidur pun nak makan..tapi tahukah anda kalau skip2 makan ni akan merosakkan metabolisme tubuh anda?? Jika anda tak makan, fungsi tubuh akan menurun..so jadinyaaaa..anda akan makan dalam kuantiti yang sangat banyak! Bila perut anda dah berbunyi, itu tandanya perut anda memerlukan "minyak". Makan 6x sehari..banyakkan?? Tapi jangan lah makan terlalu banyak..makan kerap tapi pada kuantiti yang sedikit..boleh juga amalkan Snek..tapi bukan snek "jajan" ye..biarlah yang berkhasiat seperti buah-buahan, biskut fiber atau makanan yang tinggi fiber yang lain..kalau nak makan roti tu sebaiknya pilihlah roti gandum atau wholemeal ye..

3) Tidur Yang Cukup
    ~ Tidur adalah sesuatu perkara yang sangat menyeronokkan bukan?? Haa kalau boleh pagi petang siang malam nak tidur..ada tu, pantang letak kepala dah terlelap..isk3..senang betul buat taik mata kan??hahahaha tapi tahukah anda?? tidur yang mencukupi tu penting,,dan sangat perlu..selain mendapatkan rehat yang mencukupi, ia juga penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat..pernah tak anda alami bila sukar untuk lelapkan mata perut mula rasa lapar??then mula la nak makan la..nak itu ini la..yang boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan kan?? Haa  tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari boleh mengekalkan metabolisme yang baik..kurang tidur pun tak bagus..terlebih tidur pun tak bagus ye..lebih kurang sudah..hihi

4) Jangan Stress!!
     ~ Lately kebanyakkan orang mula stress..stress masalah kerja laa..masalah keluarga laa..LEBIH berat badan pun stress jugak kan?? haa ingat senang?? Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

5) Dapatkan  Cahaya Matahari yang Mencukupi
    ~ Tapi sekarang ni ramai yang macam Putera/ Puteri LILIN sangat! Alergik kalau terkena cahaya matahari..nanti kulit GELAP katanya..then nanti berpeluh-peluh laa..itu la ini laaa..hasihhh TAPI tahukah anda?? Cahaya Matahari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar. 


6) Jom Lakukan Senaman!
Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam. So jom bina OTOT. Jangan asyik nak bina LEMAK je ye ;)



7) Amalkan Pengambilan Teh Hijau 
  ~Kebanyakkan orang suka Teh Tarik kan?? jangan suka sangat minum teh tarik..nanti kena diabetis..Obesiti pun boleh..atau kurangkan pengambilan minuman berkafien seperti Nescafe dan sekutu dengannya..Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi POLIFENOL yang dapat MENINGKATKAN kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya. Saya pun tak suka minuman kafien..boleh menyebabkan saya dehidrasi..kerap berasa haus & kerap membuang air kecil..hihi

8) Makanan Pedas
  ~ Makan makanan yang pedas pun boleh menigkatkan metabolisme tau..haa perasan tak kalau makan pedas biasanya kita akan jadi berpeluh-peluh? Basah dahi la, kepala laa..berpeluh sana sini..kenapa ya?? Sebab kandungan CAPSAICIN di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya. Wowww..bestkan? Tapi jangan la terlalu pedas ye..nanti pedas sangat lain plak jadinya..ada yang tak tahan boleh jadi cirit-birit..tak pun buassir..naya!

9) Amalkan Pengambilan Kalsium
 ~Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil. Tapi ramai yang ambil mudah je pengambilan kalsium ni kan?? Ramai yang menganggap kalsium tu untuk kanak-kanak je..haa salah tu..sebenarnya Kalsium sangat-sangat diperlukan dari dalam kandungan hinggalah ke usia tua tau..lagi meningkat umur lagi tinggi kalsium yang kita perlukan..ingat ye..

10) Amalkan Pengambilan Vitamin C
    ~ Vitamin C ni pun sangat penting tau..bukan untuk imunisasi je perlukan Vitamin C..nak kurus pun perlukan Vitamin C tau??  Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

11) Jom Cuba Cinch Energy Tea Mix!
 ~ Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa. Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.

~Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
~Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
~Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
~Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
~Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian


Sangat Superb! kalau minum Teh ni bertenaga sepanjang masa..mata layu jadi segar..badan lemau jadi kuat..hihi saya suka saya suka! Kalau minum Teh ni then WORKOUT, lagi SUPERB! Sugar Free ok..bancuh pun sangat mudah..boleh bancuh panas atau sejuk..rasa seperti Teh tanpa Gula..nak plak dalam peket-peket kecil..sangat mudah untuk di bawa kesana kemari..




Haaa nak rasa lebih segar boleh juga ditambah lemon atau limau nipis..nak buh halia pun boleh..nak campur madu pun boleh..nyamannnn sangat! Cubalah! 

Shaklee Cinch Energy Tea Mix adalah campuran teh-teh terpilih iaitu teh merah, teh hijau dan teh putih. Mengandungi :
~Taurina
~Maltodextrin – bahan daripada jagung
~Rooibos Red Tea Extract–tumbuhan herba dari Afrika~dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
~Green Tea Extract
~White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
~Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dari Jepun

Teh-teh merah, hijau dan putih ni digunakan sejak zaman berzaman dalam perubatan Cina. Antara kegunaanya:

~ Anti-mikrob
~ Imunostimulan
~ Anticarcinogenic
~ anti-inflammatory
~ perlindungan terhadap penyakit jantung
~ Anti oksidan – perlindungan dari kanser
~ Mengubati lukemia (laporan dari Mayo clinic)
~ Mengawal kerosakan DNA
~ Menurunkan paras kalori dan kolesterol
~ Detoxifiers
~ Stimulator tenaga & kehilangan lemak



Ok kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan Teh yang Superb ni boleh la dapatkannya segera..action segera result pun segera..hihi











Puan Shafieda >> Shaklee Independent Distributor
Sms/ Call/ Whatsapp >> 019-3255488
ieda_ppg@yahoo.com












Advance Joint Health Tablet & Sakit Sendi



Sakit Sendi

Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.


Sebab-sebab sakit sendi

Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.
  • Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
  • Berat badan berlebihan
  • Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  • Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
  • Penyakit sendi seperti arthritis
  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
  • Penyakit tulang
  • Ketumbuhan
  • Jangkitan kuman
  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
  • Penyakit kronik
  • Ubat-ubatan   

Rawatan

Sakit sendi selalunya bukan disebabkan oleh penyakit serius.

  • Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti merehatkan sendi tersebut secukupnya contohnya dengan penggunaan ´splint´ (pengampu). 
  •  Kerap mengenakan ´cold pack´(contoh ais yang dilipat dalam tuala) pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan(keradangan).
  •  Selepas beberapa hari, selangkan penggunaan pek sejuk dan panas . Urut secara lembut juga boleh membantu
  • Kenakan pek panas untuk meringankan ketegangan sendi. 
  •  Guna ubat penahan sakit seperti paracetamol(panadol) atau ubatan jenis ´non-steroidal anti-inflammatory´ (NSAID) sekiranya paracetamol tidak melegakan. Ini boleh didapati di farmasi.
  •  Kurangkan berat badan.
  •  Guna kasut bertumit rendah. 
  • Bijak menangani tekanan.
  • Dapatkan rawatan bagi penyakit yang khusus


Pencegahan


  • Postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok 
  • Tidur di atas tilam yang keras 
  • Elakkan mengangkat barang berat.
  • Kerap bersenam - elok untuk memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar. 
  • Pengurangan berat badan boleh membantu. 
  • Mengamalkan rehat seketika termasuk regangan ketika memandu, berdiri atau duduk yang lama.
  • Menangani tekanan.   

* SET SAKIT SEND


Sakit sendi berpunca daripada pelbagai jenis kecederaan atau keadaan seperti Rheumatoid Arthritis atau Osteoarthitis. Walau apa sekalipun puncanya, ia ternyata membebankan. Sakit kan?? Nak naik tangga sakit lutut, nak solat berdiri lutut tak kuat, jalan jauh sikit dah lenguh, macam2 lagi kan? Set Joint Health atau Set Sendi ni boleh membantu mengurangkan masalah anda :)

Kebaikan :
~ Memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi.
~ Membantu mengekalkan tulang yang kuat
~ Membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mengdiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.






 ~ Rawan menjadi LEMAH & RAPUH
~ Tisu penghubung sekeliling terurai.
~ Geseran berlaku diantara tulang-tulang, yang menyebabkan ketidakselesaan dan mobility yang terhad.

~ Meningkatkan cushioning: Glukosamin membantu memelihara rawan - cushioning perlindungan diantara sendi yang membolehkan mereka bergerak lebih pantas.
~ Memelihara tisu penghubung yang sihat : Zink, Kuprum, manganese dan Vitamin C membantu membina kolagen dan lain-lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi.
~ Meningkatkan Keselesaan Sendi : Ekstrak Boswila pantas membantutkan mekanisme respons stress tubuh untuk memperbaiki keselesaan sendi.




Sebarang pertanyaan sila hubungi saya :
Your Best Shaklee Independent Distributor
Siti Shafieda Shaharudin
Sms/ Whatsapp : 0193255488



















Resepi Sizzling

Resepi Sizzling Mudah


Assalamualaikum :)

Hiiii pada entry kali ni saya nak share satu resepi yang sangat mudah! Sangat menjimatkan masa dan sangat sedap! Cewahhh hahahahaha pada saya memang sedap la kan..kalau sendiri tak puji diri sendiri siapa lagi nak puji kan? hihi yang pastinya anak2 memang sangat suka makan sizzling ni..siap hirup2 kuah..slurpppppp!


Paling saya suka ialah Yee Mee Sizzling! Woww suka di kala ia rangup2 bila dikunyah..hehe ok ni antara resepi kuah sizzling saya..

Bahan-bahan : (Untuk 4 orang makan)
~ 3 ulas bawang putih (dipenyek2 je)
~ 1/2 inci halia (dipenyek jugak)
~ 2 ketul ayam (dipotong kecil2)
~ 1 sudu kecil lada hitam tumbuk
~ 3 ketul cendawan shitake (direndam dengan air panas terlebih dahulu)
~ 5-6 sudu sos tiram
~ 1 sudu makan kicap pekat
~ 1 sudu makan kicap manis
~ 1 liter air
~ 1 sudu makan tepung jagung
~ Hirisan lobak merah
~ Garam secukup rasa
~ Sedikit minyak masak

Cara-cara :
1) Panaskan sedikit minyak masak. Tumis bawang putih & halia hingga naik bau.
2) Masukkan ayam yang telah dipotong kecil tadi..gaul rata..biarkan seketika..
3) Bila ayam macam dah separuh masak, masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi..atau kalau malas nak tumbuk boleh beli yang crush tu je..senang..then masukkan cendawan shitake tu..pastikan rendam dalam air panas dalam 5 minit dulu tau..bukan apa, kalau tak rendam nanti takut jadi liat nak kuunyah..hihi gaul2 lagi hingga sebati..
4) Kemudian, boleh la masukkan sos tiram pulak..kacau2 lagi sampai rasa ayam tu dah nampak cun boleh la masukkan air pulak..masukkan kicap pekat serta kicap manis..biarkan ia mendidih dulu..then boleh la letak garam secukup rasa..agak2 dah ok rasa dia boleh la masukkan tepung jagung..TAPI sila bancuh dulu tepung jagung tu ye supaya tak berketul2 nanti kat dalam kuali or periuk anda tu..boleh la jugak masukkan hirisan lobak merah tu tadi..taraaa dah siappp..

Mudah je kan? Dalam masa 30 minit dah boleh makan dah..ni la resepi malas2 saya..agak2 teringin ke or malas nak masak ke kan..hihi

Kalau tak nak letak cendawan shitake tu boleh ke?? Emm boleh..terpulang..tapi saya lebih gemar letak sebab cendawan shitake ni la yang menaikkan rasa sizzling tu..buat dia rasa lebih sedap!

Sayur sawi tu saya celur je..then gunting2 letak atas tu..simple kan?? Kalau nak buat ala-ala hot plate tu yang siap plate panas bagai tu saya buat macam ni je..amek sauce pan, letak Yee Mee, then cedok kuah dari periuk tadi pastu curah je..nanti dia keluar asap2 macam tengok dia orang masak tu..hehe

Ok selamat mencuba!