Followers

Advance Joint Health Tablet & Sakit Sendi



Sakit Sendi

Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.


Sebab-sebab sakit sendi

Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.
  • Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
  • Berat badan berlebihan
  • Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  • Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
  • Penyakit sendi seperti arthritis
  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
  • Penyakit tulang
  • Ketumbuhan
  • Jangkitan kuman
  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
  • Penyakit kronik
  • Ubat-ubatan   

Rawatan

Sakit sendi selalunya bukan disebabkan oleh penyakit serius.

  • Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti merehatkan sendi tersebut secukupnya contohnya dengan penggunaan ´splint´ (pengampu). 
  •  Kerap mengenakan ´cold pack´(contoh ais yang dilipat dalam tuala) pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan(keradangan).
  •  Selepas beberapa hari, selangkan penggunaan pek sejuk dan panas . Urut secara lembut juga boleh membantu
  • Kenakan pek panas untuk meringankan ketegangan sendi. 
  •  Guna ubat penahan sakit seperti paracetamol(panadol) atau ubatan jenis ´non-steroidal anti-inflammatory´ (NSAID) sekiranya paracetamol tidak melegakan. Ini boleh didapati di farmasi.
  •  Kurangkan berat badan.
  •  Guna kasut bertumit rendah. 
  • Bijak menangani tekanan.
  • Dapatkan rawatan bagi penyakit yang khusus


Pencegahan


  • Postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok 
  • Tidur di atas tilam yang keras 
  • Elakkan mengangkat barang berat.
  • Kerap bersenam - elok untuk memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar. 
  • Pengurangan berat badan boleh membantu. 
  • Mengamalkan rehat seketika termasuk regangan ketika memandu, berdiri atau duduk yang lama.
  • Menangani tekanan.   

* SET SAKIT SEND


Sakit sendi berpunca daripada pelbagai jenis kecederaan atau keadaan seperti Rheumatoid Arthritis atau Osteoarthitis. Walau apa sekalipun puncanya, ia ternyata membebankan. Sakit kan?? Nak naik tangga sakit lutut, nak solat berdiri lutut tak kuat, jalan jauh sikit dah lenguh, macam2 lagi kan? Set Joint Health atau Set Sendi ni boleh membantu mengurangkan masalah anda :)

Kebaikan :
~ Memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi.
~ Membantu mengekalkan tulang yang kuat
~ Membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mengdiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.






 ~ Rawan menjadi LEMAH & RAPUH
~ Tisu penghubung sekeliling terurai.
~ Geseran berlaku diantara tulang-tulang, yang menyebabkan ketidakselesaan dan mobility yang terhad.

~ Meningkatkan cushioning: Glukosamin membantu memelihara rawan - cushioning perlindungan diantara sendi yang membolehkan mereka bergerak lebih pantas.
~ Memelihara tisu penghubung yang sihat : Zink, Kuprum, manganese dan Vitamin C membantu membina kolagen dan lain-lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi.
~ Meningkatkan Keselesaan Sendi : Ekstrak Boswila pantas membantutkan mekanisme respons stress tubuh untuk memperbaiki keselesaan sendi.




Sebarang pertanyaan sila hubungi saya :
Your Best Shaklee Independent Distributor
Siti Shafieda Shaharudin
Sms/ Whatsapp : 0193255488



















No comments: