Followers

Tips! 11 Cara Mudah Untuk Meningkatkan Metabolisme

11 Cara Mudah Untuk Meningkatkan Metabolisme 


Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah bertemu kembali pada entry kali ini..maaflah lamatak update blog ni..masih dalam fasa pemulihan lagi..hehe haaa kali ini saya nak kongsikan kepada anda 11 Tips nak naikkan metabolisme tubuh ni..

Apakah Metabolisme??


     Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda. 

         Metabolisme bagi setiap individu BERBEZA. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka,mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

11 Tips Tingkatkan Metabolisme :

1) Banyakkan Minum Air 
    ~ Tahukah anda?? Minum air 8 gelas sehari sebenarnya MEMBANTU tubuh badan anda untuk berfungsi pada tahap yang Optimum? Tapi minum air kosong la ye..bukan air manis, air jus atau air2 yg tak sepatutnya tuuu,,memang tak jadi la kan??

2) Jangan Skip Makan!
  ~ Makan?? Siapa yang tak suka makan kan?? Kalau boleh sambil tidur pun nak makan..tapi tahukah anda kalau skip2 makan ni akan merosakkan metabolisme tubuh anda?? Jika anda tak makan, fungsi tubuh akan menurun..so jadinyaaaa..anda akan makan dalam kuantiti yang sangat banyak! Bila perut anda dah berbunyi, itu tandanya perut anda memerlukan "minyak". Makan 6x sehari..banyakkan?? Tapi jangan lah makan terlalu banyak..makan kerap tapi pada kuantiti yang sedikit..boleh juga amalkan Snek..tapi bukan snek "jajan" ye..biarlah yang berkhasiat seperti buah-buahan, biskut fiber atau makanan yang tinggi fiber yang lain..kalau nak makan roti tu sebaiknya pilihlah roti gandum atau wholemeal ye..

3) Tidur Yang Cukup
    ~ Tidur adalah sesuatu perkara yang sangat menyeronokkan bukan?? Haa kalau boleh pagi petang siang malam nak tidur..ada tu, pantang letak kepala dah terlelap..isk3..senang betul buat taik mata kan??hahahaha tapi tahukah anda?? tidur yang mencukupi tu penting,,dan sangat perlu..selain mendapatkan rehat yang mencukupi, ia juga penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat..pernah tak anda alami bila sukar untuk lelapkan mata perut mula rasa lapar??then mula la nak makan la..nak itu ini la..yang boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan kan?? Haa  tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari boleh mengekalkan metabolisme yang baik..kurang tidur pun tak bagus..terlebih tidur pun tak bagus ye..lebih kurang sudah..hihi

4) Jangan Stress!!
     ~ Lately kebanyakkan orang mula stress..stress masalah kerja laa..masalah keluarga laa..LEBIH berat badan pun stress jugak kan?? haa ingat senang?? Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

5) Dapatkan  Cahaya Matahari yang Mencukupi
    ~ Tapi sekarang ni ramai yang macam Putera/ Puteri LILIN sangat! Alergik kalau terkena cahaya matahari..nanti kulit GELAP katanya..then nanti berpeluh-peluh laa..itu la ini laaa..hasihhh TAPI tahukah anda?? Cahaya Matahari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar. 


6) Jom Lakukan Senaman!
Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam. So jom bina OTOT. Jangan asyik nak bina LEMAK je ye ;)



7) Amalkan Pengambilan Teh Hijau 
  ~Kebanyakkan orang suka Teh Tarik kan?? jangan suka sangat minum teh tarik..nanti kena diabetis..Obesiti pun boleh..atau kurangkan pengambilan minuman berkafien seperti Nescafe dan sekutu dengannya..Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi POLIFENOL yang dapat MENINGKATKAN kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya. Saya pun tak suka minuman kafien..boleh menyebabkan saya dehidrasi..kerap berasa haus & kerap membuang air kecil..hihi

8) Makanan Pedas
  ~ Makan makanan yang pedas pun boleh menigkatkan metabolisme tau..haa perasan tak kalau makan pedas biasanya kita akan jadi berpeluh-peluh? Basah dahi la, kepala laa..berpeluh sana sini..kenapa ya?? Sebab kandungan CAPSAICIN di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya. Wowww..bestkan? Tapi jangan la terlalu pedas ye..nanti pedas sangat lain plak jadinya..ada yang tak tahan boleh jadi cirit-birit..tak pun buassir..naya!

9) Amalkan Pengambilan Kalsium
 ~Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil. Tapi ramai yang ambil mudah je pengambilan kalsium ni kan?? Ramai yang menganggap kalsium tu untuk kanak-kanak je..haa salah tu..sebenarnya Kalsium sangat-sangat diperlukan dari dalam kandungan hinggalah ke usia tua tau..lagi meningkat umur lagi tinggi kalsium yang kita perlukan..ingat ye..

10) Amalkan Pengambilan Vitamin C
    ~ Vitamin C ni pun sangat penting tau..bukan untuk imunisasi je perlukan Vitamin C..nak kurus pun perlukan Vitamin C tau??  Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

11) Jom Cuba Cinch Energy Tea Mix!
 ~ Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa. Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.

~Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
~Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
~Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
~Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
~Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian


Sangat Superb! kalau minum Teh ni bertenaga sepanjang masa..mata layu jadi segar..badan lemau jadi kuat..hihi saya suka saya suka! Kalau minum Teh ni then WORKOUT, lagi SUPERB! Sugar Free ok..bancuh pun sangat mudah..boleh bancuh panas atau sejuk..rasa seperti Teh tanpa Gula..nak plak dalam peket-peket kecil..sangat mudah untuk di bawa kesana kemari..




Haaa nak rasa lebih segar boleh juga ditambah lemon atau limau nipis..nak buh halia pun boleh..nak campur madu pun boleh..nyamannnn sangat! Cubalah! 

Shaklee Cinch Energy Tea Mix adalah campuran teh-teh terpilih iaitu teh merah, teh hijau dan teh putih. Mengandungi :
~Taurina
~Maltodextrin – bahan daripada jagung
~Rooibos Red Tea Extract–tumbuhan herba dari Afrika~dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
~Green Tea Extract
~White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
~Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dari Jepun

Teh-teh merah, hijau dan putih ni digunakan sejak zaman berzaman dalam perubatan Cina. Antara kegunaanya:

~ Anti-mikrob
~ Imunostimulan
~ Anticarcinogenic
~ anti-inflammatory
~ perlindungan terhadap penyakit jantung
~ Anti oksidan – perlindungan dari kanser
~ Mengubati lukemia (laporan dari Mayo clinic)
~ Mengawal kerosakan DNA
~ Menurunkan paras kalori dan kolesterol
~ Detoxifiers
~ Stimulator tenaga & kehilangan lemak



Ok kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan Teh yang Superb ni boleh la dapatkannya segera..action segera result pun segera..hihi











Puan Shafieda >> Shaklee Independent Distributor
Sms/ Call/ Whatsapp >> 019-3255488
ieda_ppg@yahoo.com












No comments: